Followers

Friday, November 9, 2012

Hidupku kini lebih sempurna. yuhuu!!

Yeah !! Hidupku kini lebih sempurna. yuhuuuuu!! Eh silap, alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Syukur syukur syukur syukur !!

          Dah dapat tempat kerja baru, berat pun dah turun sikit. Lawa ke ? Tak kot . Jelita mungkin. haha ! Setakat ni aku memang berpuas hati dengan ape yang aku dapat sekarang. Aku tak layak nak cakap yang apa yang aku dapat harini berkat kesabaran aku yang sebelum ni sebab aku memang tak pernah bersabar. Aku gelojoh, tamak. Tapi Allah kurniakan kebahagiaan untuk aku. Aku jadi malu sama Allah.

Sekarang aku tau, tak perlu harta berjuta untuk bahagia. Tak perlu kawan keliling pinggang untuk ceria. Tak perlu kekasih hati yang kacak, sweet, romantik untuk rasa dicinta. Cukup lah bersyukur dengan apa yang dikurniakannya. Kita akan rasa dekat dengan dia, dan rasa dicintai lebih dari ape yang kita pernah rasa. Ish, susahnye nak terangkan ! yang pasti, jangan jadi tamak. Cukup lah sekadar cukup. Selagi kita masih diberi nyawa, cakap pada dia " terima kasih Allah . ^_^ ! "