Followers

Friday, June 29, 2012

Berganti Hati

Semalam saya perasan kasut saya dah buruk giler. Dah lama plan nak ganti kasut baru, tapi sayang sangat dekat kasut ni. Selesa tau. Ni kasut buruk tu..



Hah, buruk kan ? Jadi semalam petang saya berjalan jalan area bandar Kota Tinggi tu, dan terjumpa satu kasut yang sangat sangat menarik perhatian saya. dan saya pun beli kasut tersebut.. Nak tengok kasut baru x ? 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Taraaaa!!! same je kan ? hahahaha !! harga dia tak mahal, cume RM 12.90 sahaja. Puas hati dapat ganti yang baru walaupun sama... hahahaha !!! 

Tuesday, June 26, 2012

Budak Gemok! Budak Gemok! Budak Gemokkkk!!

Hoi budak gemok, meh sini meh !! dushhhh !!! Rasekan penumbuk sakti gua ! Kau budak gemok memang tempat gua lepaskan amarah gua. ! Ni lah die nasib budak gemok, asik kena buli je, kena hina, kena maki, kena kutuk.

Saya makin tak selesa dengan saiz badan yang makin mengembang ni. Rase benci giler bila nampak diri sendiri depan cermin. Pipi dah la tembam , warne kulit dah nak jadik kelabu, gigi jongang, berkarat lagi. Hidung kembang pulak tu, kulit berminyak. Perot muncit, babat terkeluar di kiri kanan depan belakang. Eh, rimas tau tak ? Siapa je yang nak pandang budak gemok ni yang tak terurus lagi tak berguna ni ?  Kalau gemuk yang comel tak pe lah jugak, ni gemuk macam #&%&%* jek. ggrrrrrrr!!

Bila berjalan pun rase macam nak menyumpah, eh beratlah ! Perasaannye macam setiap kali kau menapak seluruh alam ini bergegar - gegar . Nak ambik gambar dengan kawan kawan pun dah mula tak yakin. rasenye macam gambar saya seorang dah cukup untuk penuhkan screen kamera tu, gambar kawan lagi sorang cuma dapat masuk tangan buat 'peace' je. Bukan kah itu satu perbuatan yang zalim ?

Lebih rasa terhina bila pakai jeans yang dulunya longgar kini butangnya dah tertanggal . Lepas tu bila bawa motor naik bukit pakai gear 3 pun motor sakit. Dulu pakai gear 4 pejam mata je. Sangat tak suka bila orang tanya " anak dah berape ? " . Iye paham, badan saya macam mak mak sekarang ni. Dan agak tak berapa nak gemo ( gemar dalam loghat johor ) bile berjalan dengan orang yang bersaiz kecil. Rase macam raksasa.

Rase macam nak ambil pil kurus pun ade. Tak kisah la beracun ke tidak janji kurus. Korang korang yang kurus, jangan lah menghina orang orang yang gemuk ni. Tindakan kalian boleh membuatkan orang seperti kami nak bunuh diri tau. Kami gemuk sebab hati kami senang. Kami gemuk sebab mak abah bagi makan cukup. Kami gemuk sebab kami sehat. Salah ke ? Walaubagaimanapun, saya tetap tak selesa dengan badan saya sendiri. Sedang survey pil kurus di samping belajar tentang pengambilan kalori dengan seriesnya. Mudah mudahan sebelum raya dah kurus, boleh pakai kebaya. ^_^ !!



Hah tu nampak tu. Yang pakai baju hitam tu.. Eiii gemuknye die !! Sangat kotra dengan budak pakai baju kuning tu kan... Eiii, malunye  !!!


Monday, June 18, 2012

kalau lah mimpi tu macam slot samarinda...

Assalamualaikum.. Mase bos tak ade ni lah waktu yang sesuai untuk saya update blog. Kerja yang beliau bagi pun dah siap. Lepas tu sendiri bosan, terus layan running man, walhal semua episode saya dah tengok.

Malam tadi saya tido dengan perasaan yang sangat senang hati, nervous, penuh tertanya tanya. Sebab ? nak tunggu keputusan cuti saya diluluskan atau tidak. haha !! lagi pun hari ni gaji , tu pasal lah suka. haha. Dalam tido malam tadi, saya termimpi lah pullok.   Saya mimpi saya terdengar satu suara lelaki. " Assalamualaikum " die cakap. Saya pusing pusing cari suara tu, tapi tak jumpa lah. Tak lame lepas tu mak boleh kejut pulak, bangun sahur katanya.Ye lah malam tadi dah pesan, nak puasa ganti harini.. Tapi......... grrrr !! Mak, mak tau tak cerita baru nak start ???? Anak mak ni baru nak jumpa bakal menantu mak dalam mimpi tau tadi ?? ggggggggggggrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr !!!

Kalau lah mimpi tu macam slot samarinda, boleh bersambung sambung episode kan bagus....

Monday, June 4, 2012

Tahun 2012 yang sangat padat !

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan jun. Kejap je rase. Perasaannye macam baru semalam antar surat berhenti belajar kat kolej. haha ! Mungkin sebab jadual yang sangat padat dari awal tahun sampai sekarang, tu yang tak perasan masa tu laju sangat. Minggu lepas tengok zaliqa dengan bugeng bersanding. Semalam pergi tengok kawan saya, Acah kahwin. Seronoknya. Tiba tiba je rasa yang saya ni dah dewasa rupanya. Lepas raya nanti insya'Allah sorang sahabat lagi bakal bergelar isteri. Awal tahun depan pulak kalau di izinkan tuhan akak kesayangan saya pulak nak bina hidup baru. Saya sentiasa mendoakan kebehagiaan korang ye. Doakan la saya jugak , moga cepat cepat jumpa bakal imam saya. hehe.

Semenjak bergelar wanita berkerjaya ni, rasa jadual harian tu padat sangat. Nak habiskan masa dengan kawan kawan pun susah. Kalau dulu masa zaman belajar, memang komfom ade cuti semester. Lame kot. Tapi sekarang kalau nak cuti kena apply. Cuti tak boleh lama lama. Teringin nak cuti lama lama. Nak jalan jalan, jumpe kawan kawan. Saya rasa macam nak ambik cuti bersalin lah bos. Boleh x ? cuti 2 bulan kan? haha ! Siang kerja kat ofis, mengadap model gazebo, menara tinjau, pokok2, pintu gerbang segala bagai. Balik kerja terus usung barang barang jahitan. Kata Ahmad Nisfu " selagi belum tutup mata, kerja , kerja, kerja !! "Ramai yang order untuk birthday party, hari bertunang, hari nikah, anniversary, hari guru. Seronok sebenarnye bila dapat sama sama meraikan hari penting seseorang, walaupun hari bersejarah saya tiada sape yang meraikan. haha ! tak ape. kate orang putih, " the more you give, the more you get ". Walaupun bukan hari ni, mungkin besok luse, tahun depan atau abad depan akan ada juga. Nurul Mohamad, kalau tak nak dikecewakan, tolong jangan mengharap lebih. Baik !!

Sekarang ni asik tengok kalendar je, nak mengenalpasti tarikh tarikh yang sesuai untuk mintak cuti. Saja nak habiskan masa dengan kawan kawan sementara diorang masih bujang. Nanti lepas kahwin masing masing akan pikul tanggungjawab lain yang lebih berat. Saya pula akan bekerja keras untuk mencapai impian saya memiliki sebuah kedai cenderamata. Memandangkan majoriti dari diorang nak kahwin sebelum tahun depan, saya kena bekerja labih keras sekarang untuk mendapatkan bajet yang boleh menampung saya untuk menghabiskan masa bersama mereka. Kepada kawan kawan yang belum ade plan nak kawen, maaf, saya terpaksa mengetepikan korang dulu ye. Masa untuk kita ialah tahun depan. haha ! Dayah, Angah, Ana, aku sayang korang. Aku sedang bekerja keras tahun ni untuk korang. haha !

Lambat betul nak 22 jun. Gua nak dating ngan dayah ni. haha. Kalau Angah ade lagi best kot. ! rindu kot kat KL. Lepas tu hujung tahun plan nak melepak ngan Ana pulak. Sebab kau dah janji nak melepak ngan aku sebelum ko kahwen kan. haha ! Tapi macam tak sampai hati pulak, korang kumpul duit untuk kahwin. Tak pe , kalau ade ape ape masalah, aku sendiri akan cube usahakan.Melainkan masalah nak apply cuti, aku tak boleh nak buat ape ape. hehe. Aku tak kan biarkan korang usik duit kawen korang.  Asalkan aku dapat lepak ngan korang. Just for our friendship. ^_^ !!