Followers

Thursday, May 3, 2012

Meroyan di facebook ? blog ?? eh dah tak zaman lah. huh !!

            Tengok dia punya tajuk, boleh jadik 1 perenggan punya cerita. Bukan nak mengata sape sape. Entry saya ni sentiasa dipenuhi dengan ayat untuk memperli diri sendiri. Bila teringat zaman muda muda dulu kalau tak puas hati sikit post kat facebook. saja nak bagi satu dunia tahu saya tengah marah, tension. Tak pernah terlepas untuk tulis ayat ala2 islamik gitu terasa diri ni dikhianati, dimanipulasi, disabotaj, ditikam dari belakang bertubi tubi. Ayat paling femes sekali " Allah tahu siapa yang benar siapa yang salah. Tunggulah di padang mahsyar nanti. ".woah, berani sungguh nak berdepan dengan balasan tuhan nanti ye.   Kalau diikut logik akal, kita sentiasa rasa diri kite betul, dan sebelah pihak lagi sebagai watak antagonis. Yang baik semua kita, yang jahat semua dia. Walhal diri sendiri yang tak betul, masih mahu menafikannya jua. Iyelah, nama pun manusia..

            Bila tengah sakit tak putus putus buat post baru, saja nak bagitahu yang saya sakit. mintak kawan kawan bagi simpati. Sangat bahagia je rasa bila ada yag bagi respon positif suruh makan ubat, tido lena, rehat cukup cukup. rase diri dihargai sangat. Nak makan ubat pun harus semua orang tahu. Ubat saya kaler hitam, pahit, susah nak telan... alahai... manjanya... !!!

            Rasa tak puas hati , marah sentiasa ada. dan Facebook juga menjadi landasan untuk kita melampiaskan perasaan amarah tu. Kalau nak lagi berani siap tag nama orang yang kita tak puas hati. Ramai pulak tu yang jadi batu api. Cuma dalam tu je rasa berani.. Bila dah berdepan terus senyap, mulut macam kena kunci. takot kot. Nak bertentangan mata lagi lah mintak dijauhkan. Ni lah kot yang Malique too phat tu maksudkan " nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma ".  Hantu itu jahat,x nampak. bisu tak boleh bercakap. tapi menulis boleh kan. Ish susahnya nak sampai kan apa yang saya nak sampaikan ni.. haishhh!!!

           Kadang kadang bila dilamun cinta tu semuanya indah.Bahagianya bile si dia post kat wall kita cakap " i luv u ".. "i miss u " . penuh dekat wall dengan kata kata manis sepasang kekasih ni. Biarkan orang lain meluat, jemu baca perbualan kite. Mereka sape ? ye lah kan . Kita je yang berkapel kat dunie ni . ^_^ !! Dikira meroyan jugakah ? Ini angau namanya.. ah, lantak lah..

           Ayat kali ni lain macam kan ? skema sungguh. saya sendiri meluat baca entry ni. seolah olah hati , akal dan tangan x selari. akal fikir lain, hati kata lain, tangan nak taip lain. Pulangkan diri ku yang duluuu !!!!  saya tak suka jadik skema2 , berpuitis segala bagai ni !!!! ini bukan jiwa saya yang rockkkk !!!!!!!!!! warghhhhhhhhhh!!! kenape dengan aku ni !!!!!!!!  Ini juga boleh diklasifikasikan sebagai meroyan di blog. Terima kasih.




No comments: