Followers

Friday, June 29, 2012

Berganti Hati

Semalam saya perasan kasut saya dah buruk giler. Dah lama plan nak ganti kasut baru, tapi sayang sangat dekat kasut ni. Selesa tau. Ni kasut buruk tu..



Hah, buruk kan ? Jadi semalam petang saya berjalan jalan area bandar Kota Tinggi tu, dan terjumpa satu kasut yang sangat sangat menarik perhatian saya. dan saya pun beli kasut tersebut.. Nak tengok kasut baru x ? 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Taraaaa!!! same je kan ? hahahaha !! harga dia tak mahal, cume RM 12.90 sahaja. Puas hati dapat ganti yang baru walaupun sama... hahahaha !!! 

Tuesday, June 26, 2012

Budak Gemok! Budak Gemok! Budak Gemokkkk!!

Hoi budak gemok, meh sini meh !! dushhhh !!! Rasekan penumbuk sakti gua ! Kau budak gemok memang tempat gua lepaskan amarah gua. ! Ni lah die nasib budak gemok, asik kena buli je, kena hina, kena maki, kena kutuk.

Saya makin tak selesa dengan saiz badan yang makin mengembang ni. Rase benci giler bila nampak diri sendiri depan cermin. Pipi dah la tembam , warne kulit dah nak jadik kelabu, gigi jongang, berkarat lagi. Hidung kembang pulak tu, kulit berminyak. Perot muncit, babat terkeluar di kiri kanan depan belakang. Eh, rimas tau tak ? Siapa je yang nak pandang budak gemok ni yang tak terurus lagi tak berguna ni ?  Kalau gemuk yang comel tak pe lah jugak, ni gemuk macam #&%&%* jek. ggrrrrrrr!!

Bila berjalan pun rase macam nak menyumpah, eh beratlah ! Perasaannye macam setiap kali kau menapak seluruh alam ini bergegar - gegar . Nak ambik gambar dengan kawan kawan pun dah mula tak yakin. rasenye macam gambar saya seorang dah cukup untuk penuhkan screen kamera tu, gambar kawan lagi sorang cuma dapat masuk tangan buat 'peace' je. Bukan kah itu satu perbuatan yang zalim ?

Lebih rasa terhina bila pakai jeans yang dulunya longgar kini butangnya dah tertanggal . Lepas tu bila bawa motor naik bukit pakai gear 3 pun motor sakit. Dulu pakai gear 4 pejam mata je. Sangat tak suka bila orang tanya " anak dah berape ? " . Iye paham, badan saya macam mak mak sekarang ni. Dan agak tak berapa nak gemo ( gemar dalam loghat johor ) bile berjalan dengan orang yang bersaiz kecil. Rase macam raksasa.

Rase macam nak ambil pil kurus pun ade. Tak kisah la beracun ke tidak janji kurus. Korang korang yang kurus, jangan lah menghina orang orang yang gemuk ni. Tindakan kalian boleh membuatkan orang seperti kami nak bunuh diri tau. Kami gemuk sebab hati kami senang. Kami gemuk sebab mak abah bagi makan cukup. Kami gemuk sebab kami sehat. Salah ke ? Walaubagaimanapun, saya tetap tak selesa dengan badan saya sendiri. Sedang survey pil kurus di samping belajar tentang pengambilan kalori dengan seriesnya. Mudah mudahan sebelum raya dah kurus, boleh pakai kebaya. ^_^ !!



Hah tu nampak tu. Yang pakai baju hitam tu.. Eiii gemuknye die !! Sangat kotra dengan budak pakai baju kuning tu kan... Eiii, malunye  !!!


Monday, June 18, 2012

kalau lah mimpi tu macam slot samarinda...

Assalamualaikum.. Mase bos tak ade ni lah waktu yang sesuai untuk saya update blog. Kerja yang beliau bagi pun dah siap. Lepas tu sendiri bosan, terus layan running man, walhal semua episode saya dah tengok.

Malam tadi saya tido dengan perasaan yang sangat senang hati, nervous, penuh tertanya tanya. Sebab ? nak tunggu keputusan cuti saya diluluskan atau tidak. haha !! lagi pun hari ni gaji , tu pasal lah suka. haha. Dalam tido malam tadi, saya termimpi lah pullok.   Saya mimpi saya terdengar satu suara lelaki. " Assalamualaikum " die cakap. Saya pusing pusing cari suara tu, tapi tak jumpa lah. Tak lame lepas tu mak boleh kejut pulak, bangun sahur katanya.Ye lah malam tadi dah pesan, nak puasa ganti harini.. Tapi......... grrrr !! Mak, mak tau tak cerita baru nak start ???? Anak mak ni baru nak jumpa bakal menantu mak dalam mimpi tau tadi ?? ggggggggggggrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr !!!

Kalau lah mimpi tu macam slot samarinda, boleh bersambung sambung episode kan bagus....

Monday, June 4, 2012

Tahun 2012 yang sangat padat !

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan jun. Kejap je rase. Perasaannye macam baru semalam antar surat berhenti belajar kat kolej. haha ! Mungkin sebab jadual yang sangat padat dari awal tahun sampai sekarang, tu yang tak perasan masa tu laju sangat. Minggu lepas tengok zaliqa dengan bugeng bersanding. Semalam pergi tengok kawan saya, Acah kahwin. Seronoknya. Tiba tiba je rasa yang saya ni dah dewasa rupanya. Lepas raya nanti insya'Allah sorang sahabat lagi bakal bergelar isteri. Awal tahun depan pulak kalau di izinkan tuhan akak kesayangan saya pulak nak bina hidup baru. Saya sentiasa mendoakan kebehagiaan korang ye. Doakan la saya jugak , moga cepat cepat jumpa bakal imam saya. hehe.

Semenjak bergelar wanita berkerjaya ni, rasa jadual harian tu padat sangat. Nak habiskan masa dengan kawan kawan pun susah. Kalau dulu masa zaman belajar, memang komfom ade cuti semester. Lame kot. Tapi sekarang kalau nak cuti kena apply. Cuti tak boleh lama lama. Teringin nak cuti lama lama. Nak jalan jalan, jumpe kawan kawan. Saya rasa macam nak ambik cuti bersalin lah bos. Boleh x ? cuti 2 bulan kan? haha ! Siang kerja kat ofis, mengadap model gazebo, menara tinjau, pokok2, pintu gerbang segala bagai. Balik kerja terus usung barang barang jahitan. Kata Ahmad Nisfu " selagi belum tutup mata, kerja , kerja, kerja !! "Ramai yang order untuk birthday party, hari bertunang, hari nikah, anniversary, hari guru. Seronok sebenarnye bila dapat sama sama meraikan hari penting seseorang, walaupun hari bersejarah saya tiada sape yang meraikan. haha ! tak ape. kate orang putih, " the more you give, the more you get ". Walaupun bukan hari ni, mungkin besok luse, tahun depan atau abad depan akan ada juga. Nurul Mohamad, kalau tak nak dikecewakan, tolong jangan mengharap lebih. Baik !!

Sekarang ni asik tengok kalendar je, nak mengenalpasti tarikh tarikh yang sesuai untuk mintak cuti. Saja nak habiskan masa dengan kawan kawan sementara diorang masih bujang. Nanti lepas kahwin masing masing akan pikul tanggungjawab lain yang lebih berat. Saya pula akan bekerja keras untuk mencapai impian saya memiliki sebuah kedai cenderamata. Memandangkan majoriti dari diorang nak kahwin sebelum tahun depan, saya kena bekerja labih keras sekarang untuk mendapatkan bajet yang boleh menampung saya untuk menghabiskan masa bersama mereka. Kepada kawan kawan yang belum ade plan nak kawen, maaf, saya terpaksa mengetepikan korang dulu ye. Masa untuk kita ialah tahun depan. haha ! Dayah, Angah, Ana, aku sayang korang. Aku sedang bekerja keras tahun ni untuk korang. haha !

Lambat betul nak 22 jun. Gua nak dating ngan dayah ni. haha. Kalau Angah ade lagi best kot. ! rindu kot kat KL. Lepas tu hujung tahun plan nak melepak ngan Ana pulak. Sebab kau dah janji nak melepak ngan aku sebelum ko kahwen kan. haha ! Tapi macam tak sampai hati pulak, korang kumpul duit untuk kahwin. Tak pe , kalau ade ape ape masalah, aku sendiri akan cube usahakan.Melainkan masalah nak apply cuti, aku tak boleh nak buat ape ape. hehe. Aku tak kan biarkan korang usik duit kawen korang.  Asalkan aku dapat lepak ngan korang. Just for our friendship. ^_^ !!

Monday, May 28, 2012

Happy Birthday Nurul Mohamad.. ^_^ !!

Alhamdulillah, terima kasih tuhan sebab masih beri peluang untuk saya bernafas harini. Sesungguhnya nikmat yang paling besar yang tuhan beri ialah nyawa. Alhamdulillah, hari ni genap la 22 tahun saya hidup kat bumi ni. Banyak sangat dosa saya buat. Sikit sangat amalan rasanya. Sangat tak cukup untuk dibuat bekalan kat akhirat nanti, lebih2 lagi kalau ditakdirkan nyawa ditarik hari ni, mesti rasa ralat yang teramat. Masa tu baru terikir, alangkah indahnya kalau tuhan beri peluang untuk hidup kat dunia ni sekejap walau hanya sesaat, untuk taubat se taubat taubatnya. Sebab masa tu baru tau seksanya nyawa ditarik, dah nampak peritnya azab kat neraka nanti. Tapi kenapa tak insaf lagi ni ?

Kenapa saya tengok orang lain excited sangat bila harijadi dorang ek ? kenapa saya tak ? kenapa orang lain tersenyum lebar, penuh dengan gelak, didampingi orang orang yang diorang sayang, penuh dengan kejutan ek ? tapi kenapa saya dari malam tadi suram jek. Mata ni pun asik nak berair jek. Kawan wish pun saya menangis jugak. lebih lebih lagi bile kawan baik saya Suliza Kassiron wish, terharu sangat. Saya baru perasan yang rupa rupanya saya tak keseorangan. Saya tulis entry ni pun saya menangis. kenapa ??  Sambut hari lahir ke sambut hari kematian ni ?? Kenapa saya sorang sorang kat sini ?? Tak didampingi siapa2 ? Mak abah saya pun tak ingat hari ni hari jadi saya. Kenapa ??

Juga kenapa hari ni baru saya perasan yang saya bodoh yek ? Kenapa saya baru tersedar hari ni yek ? Kenapa baru hari ni saya perasan yang saya ni lembik , lembab, tongong , bangang yek ? Kenapa saya tak perasan yang selama ni kepala saya dipijak pijak, di luku luku yek ? Saya memang bodoh atau saya di perbodohkan ? saya buta atau dibutakan ?

Memang betul, tuhan tak kan beri apa yang kita nak, tapi tuhan beri apa yang kita perlu. Saya mulakan hari saya pada hari lahir saya hari ni dengan bacaan yasin. Dari saat tu sampai sekarang mata saya tak kering kering. Allah sayangkan umatnya. Dia beri petunjuk pada saya, apa yang salah apa yang betul, apa yang perlu apa yang tidak,siapa sahabat siapa kawan, siapa kawan siapa lawan. Itu hadiah Dia bagi pada saya hari ni. Alhamdulillah, apa yang terjadi ada hikmahnya. Tuhan tak pernah buat silap. Saya hanya perlu jadi lebih kuat dan tabah lepas ni. Lebih berhati hati. Berubah tu memang tak susah, tapi yang susahnya nak kekalkan. Saya kena kuat !!!! apa apa hal pun, Selamat Ulang Tahun Nurul Mohamad. Be strong !!

Sunday, May 13, 2012

Hari Hari pun hari ibu.. ^_^ !!

Hari ni genap dah 5 hari mak , abah, long, noi pegi ke tanah suci Mekah  untuk tunaikan ibadah umrah. Rindu dekat mak. Biasanya pagi pagi sebelum pergi kerja kene salam mak, cium pipi mak kiri kanan. Baru semangat nak pergi kerja. Ni bila mak tak de kat rumah, pergi kerja pun tak salam sape sape. Rasa lain pulak . Rasa macam tak, best. Aduhai, macam mana nak pergi kerja jauh jauh ni. Tak pe lah, mudah mudahan mak selamat balik ye. Doakan yang terbaik untuk anak anak mak kat sini ye. Jaga diri baik baik mak.

Dekat facebook diorang sebuk post pasal hari ibu. Hari ni ke ? Sejujurnya, saya tak pernah tahu bila hari ibu tu. Saya ingatkan bulan Jun. Bulan mei rupanya ya. Haha. Saya juga tak pernah mengucapkan 'selamat hari ibu' dekat mak saya. mungkin saya malu. Sedangkan saya cakap "Selamat hari jadi mak " masa birthday dia 2 tahun lepas pun dia dah gelak gile2. Mak ni, tok romantik la. haha !! Tau lah itu kali pertama anak mak ni wish birthday mak kan. Kejam anak dia yang sorang ni.

Saya selalu cerita dekat kawan kawan, mak saya garang, tegas. Kalau dia cakap kita semua kena senyap. Kalau dia tidur kita tak boleh buat bising. Kalau dia terjaga nanti naya je. Jangan ambik risiko k. hehe. Dari luar mak memang nampak keras, tapi dalaman dia lembut. Hati dia penyayang sangat. Teringat lagi peristiwa masa saya kecik kecik dulu. saya memang tak boleh minum air sirap bandung, nanti tekak saya loya. Nak dijadikan cerita, hari tu mak ajak pegi bandar , jalan jalan. Tapi saya ni bangang, saja je nak uji kemampuan diri , mampu ke tak bertahan kalau minum air sirap bandung tu. jadik sebelum pergi tu saya minum la sekotak air sirap bandung. Masa tu saya pergi bandar naik teksi. Tiba tiba tekak saya loya. Mak dapat agak macam ade yang tak kena dengan saya ni. Dia macam tau tau je saya nak muntah. Dia terus bukak tudung dia, dan tahan muntah saya pakai tudung dia tu. Dia tak nak kalau saya termuntah dalam teksi tu, nanti saya kene marah dengan pakcik drebar tu. Bila sampai dekat bandar, mak dengan slumber pergi jalan2 hanya memakai baju kurung dengan anak tudung tu je. Orang lain pandang dia tersenyum senyum. Tapi mereka tak faham kenapa mak saya pakai macam tu. Mana hilangnya tudung dia. Hati mak saya memang kering, dia abaikan je suara suara jahat tu.   saya sayang mak saya . ^_^ !!

Dulu masa zaman budak budak, akan ada satu masa tu kawan mula jadik tak nak kawan sama kita kan. saya selalu jadi mangsa. Yelah, saya paling muda kat situ. Penat nak melayan budak kecik macam saya ni. samapi satu masa tu, diorang pulaukan saya. Saya balik  rumah , mengadu dekat mak. " mak, dorang tak kawan ngan unn arr "..  sedih giler kot kalau tengok memek muka saya tu. Mak tak tahan tengok muka saya yang giler sedih, die pun terus bawak saya pergi jumpa kawan kawan saya yang dok pulaukan saya tu tadi . mak cakap kat dorang macam ni . " Boleh tolong tak kawan dengan si nurul ni kejap.. kejap pun jadik lah ". Dorang pun cakap " okeh makcik, okeh ! " keh3!! saya terus ketawa jahat. haaa, tau takot. Gua ade backup besar. haha !!

Tinggal beberapa hari je lagi genap dah umur saya 22 tahun. Mak abah bagi makan pakai cukup, tak de yang kurang. Saya ingat lagi, saya belajar membaca bukan dari cikgu tadika saya, tapi mak saya yang ajar. Tiap tiap hari dia akan bacakan buku Belalang dengan semut untuk saya sehinggakan saya sendiri yang boleh bacakan buku tu untuk dia. Itulah buku pertama yang saya pandai baca. Tahu tak, walaupun saya ni nampak ganas, tapi sampai sekarang sebelum saya pergi jalan jauh mak akan suapkan saya nasi pakai tangan dia sendiri untuk saya jamah. Kalau saya demam saya akan letakkan kepala atas riba dia. Kalau saya sakit dia akan basuhkan kepala saya. Mak tegas, tapi penyanyang. Orang yang saya tak berani tipu kat dalam dunia ni adalah mak saya walaupun saya tau ada sesetangah pengakuan saya akan mengundang padah.

Kalau nak diceritakan pengorbanan pengorbanan mak tu memang tak kan habis. Dia lahirkan kita pun dah bertarung nyawa. Tapi kita ni cepat sangat lupa dengan jasa dia. Adakalanya kekasih lebih kita dulukan dari mak abah. Bila mak marah , kita melawan tak hengat dosa. Tapi bila kita  lawan balik cakap dia mak senyap. Mak cakap dia tak nak dengar anak anak dia cakap benda yang bukan bukan. Dia tak nak anak dia jadik derhaka. Jadik dia senyum je. Mak, macam mana mak dapat kekuatan tu mak ? Mungkin kalau saya jadi ibu suatu hari nanti saya akan faham. Jadi hargailah mereka. sayangilah mereka sepenuh hati. Katakan saya sayangkan mak tiap tiap hari. jangan menunggu hari hari tertentu saja. Kalau dia tak ada, kita ni bukan lah siapa siapa. Mak, unn sayangkan mak.. ungkapan yang tak pernah terkeluar dari mulut , tapi sentiasa disebut dalam hati.

Thursday, May 3, 2012

Meroyan di facebook ? blog ?? eh dah tak zaman lah. huh !!

            Tengok dia punya tajuk, boleh jadik 1 perenggan punya cerita. Bukan nak mengata sape sape. Entry saya ni sentiasa dipenuhi dengan ayat untuk memperli diri sendiri. Bila teringat zaman muda muda dulu kalau tak puas hati sikit post kat facebook. saja nak bagi satu dunia tahu saya tengah marah, tension. Tak pernah terlepas untuk tulis ayat ala2 islamik gitu terasa diri ni dikhianati, dimanipulasi, disabotaj, ditikam dari belakang bertubi tubi. Ayat paling femes sekali " Allah tahu siapa yang benar siapa yang salah. Tunggulah di padang mahsyar nanti. ".woah, berani sungguh nak berdepan dengan balasan tuhan nanti ye.   Kalau diikut logik akal, kita sentiasa rasa diri kite betul, dan sebelah pihak lagi sebagai watak antagonis. Yang baik semua kita, yang jahat semua dia. Walhal diri sendiri yang tak betul, masih mahu menafikannya jua. Iyelah, nama pun manusia..

            Bila tengah sakit tak putus putus buat post baru, saja nak bagitahu yang saya sakit. mintak kawan kawan bagi simpati. Sangat bahagia je rasa bila ada yag bagi respon positif suruh makan ubat, tido lena, rehat cukup cukup. rase diri dihargai sangat. Nak makan ubat pun harus semua orang tahu. Ubat saya kaler hitam, pahit, susah nak telan... alahai... manjanya... !!!

            Rasa tak puas hati , marah sentiasa ada. dan Facebook juga menjadi landasan untuk kita melampiaskan perasaan amarah tu. Kalau nak lagi berani siap tag nama orang yang kita tak puas hati. Ramai pulak tu yang jadi batu api. Cuma dalam tu je rasa berani.. Bila dah berdepan terus senyap, mulut macam kena kunci. takot kot. Nak bertentangan mata lagi lah mintak dijauhkan. Ni lah kot yang Malique too phat tu maksudkan " nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma ".  Hantu itu jahat,x nampak. bisu tak boleh bercakap. tapi menulis boleh kan. Ish susahnya nak sampai kan apa yang saya nak sampaikan ni.. haishhh!!!

           Kadang kadang bila dilamun cinta tu semuanya indah.Bahagianya bile si dia post kat wall kita cakap " i luv u ".. "i miss u " . penuh dekat wall dengan kata kata manis sepasang kekasih ni. Biarkan orang lain meluat, jemu baca perbualan kite. Mereka sape ? ye lah kan . Kita je yang berkapel kat dunie ni . ^_^ !! Dikira meroyan jugakah ? Ini angau namanya.. ah, lantak lah..

           Ayat kali ni lain macam kan ? skema sungguh. saya sendiri meluat baca entry ni. seolah olah hati , akal dan tangan x selari. akal fikir lain, hati kata lain, tangan nak taip lain. Pulangkan diri ku yang duluuu !!!!  saya tak suka jadik skema2 , berpuitis segala bagai ni !!!! ini bukan jiwa saya yang rockkkk !!!!!!!!!! warghhhhhhhhhh!!! kenape dengan aku ni !!!!!!!!  Ini juga boleh diklasifikasikan sebagai meroyan di blog. Terima kasih.